Canada akan permudah proses untuk terima 10,000 pelarian Syria

OTTAWA: Pemerintah konservatif Canada berkata ia akan menerima 10,000 pelarian Syria dalam tempoh satu tahun dengan memudahkan dan mempercepat proses permohonan imigresen.

Pegawai visa tidak lagi akan meminta pemohon membuktikan bahawa mereka pelarian melalui agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi sebaliknya akan "menganggap mereka yang melarikan diri daripada konflik memenuhi definisi pelarian, yang akan membuat pemprosesan lebih cepat", ujar Kementerian Imigresen dan Kerakyatan dalam satu kenyataan pada Ahad (20 Sep waktu Singapura).

Oleh itu, "kami menjangka dapat memenuhi komitmen semasa Canada untuk penempatkan semula 10,000 rakyat Syria menjelang September 2016 - 15 bulan lebih awal dari yang dirancang. Komitmen sedia ada Canada untuk menempatkan 23,000 rakyat Iraq juga akan dipenuhi menjelang akhir tahun ini," kata kenyataan itu.

Pegawai Visa akan memberi tumpuan wawancara mereka "pada keselamatan, jenayah dan pemeriksaan perubatan" tambah kenyataan itu.

Parti Konservatif Canada yang memerintah dikritik dalam beberapa minggu lalu kerana bergerak terlalu perlahan untuk membantu pelarian Syria yang mencurah memasuki Eropah. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.