Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, baru-baru ini meminta maaf dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak mencukupi mengelakkan salah guna data penggunanya. Berita Harian menyusuri bagaimana Facebook membenarkan maklumat peribadi membabitkan sehingga 87 juta pengguna Facebook, kebanyakannya di Amerika Syarikat, dikongsi secara tidak betul dengan firma perunding Cambridge Analytica.
SELAMA 10 jam, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg disoal oleh penggubal dasar Amerika Syarikat tentang bagaimana gergasi media sosial itu telah menyuapkan data peribadi pengguna kepada pengiklan.