Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesawat Terhempas Di Selangor

Cebisan mayat, perakam kokpit ditemui dalam bangkai pesawat

Aug 18, 2023 | 05:13 PM



SHAH ALAM: Perakam suara kokpit dan beberapa cebisan mayat mangsa telah ditemui selepas sebuah pesawat perniagaan swasta ringan terhempas di atas jalan raya, dan melanggar dua kenderaan di Selangor.


Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata beliau sudah mengarahkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) agar segera menjalankan siasatan dengan terperinci.

Alat perakam suara itu adalah daripada kotak hitam pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas itu.


Dalam tragedi itu, seramai 10 maut termasuk lapan orang yang berada dalam pesawat malang itu, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal – kedua-duanya dirempuh pesawat yang jatuh berhampiran perbandaran Elmina di Shah Alam.

“Kami juga telah menemui 10 mayat dan lima bahagian badan. Ini bermakna kami telah menyelesaikan pencarian mangsa. Mayat dan bahagian badan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk bedah siasat,” kata Ketua Polis Selangor, Encik Hussein Omar Khan.

Hanya satu mayat dari nahas itu ditemui dalam keadaan utuh, yang merupakan mayat penunggang motosikal yang maut itu.

Pesawat itu dikendalikan syarikat Jet Valet, perkhidmatan penerbangan persendirian eksklusif, dan telah berlepas dari Langkawi pada Khamis petang, dalam perjalanan ke lapangan terbang Subang, kurang 10 kilometer dari lokasi nahas.

Pesawat itu sedang bersedia untuk mendarat dan telah diberi pelepasan oleh kawalan trafik udara, namun kemudian terputus hubungan dengan menara kawalan dua minit sebelum pendaratan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di hospital tersebut pada Jumaat di mana keluarga dan saudara-mara mangsa sedang menunggu proses bedah siasat dan pengecaman mayat. – The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >