Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NAHAS KAPAL SELAM

Cebisan mayat, serpihan kapal selam Titan dibawa ke darat

Jun 29, 2023 | 02:00 PM



OTTAWA: Cebisan mayat dipercayai ditemui bersama serpihan kapal selam Titan yang meletup dan meragut nyawa kesemua lima individu di dalamnya semasa misi pengembaraan meninjau bangkai kapal Titanic pada Rabu.


Menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat, serpihan kapal selam dan cebisan mayat itu telah dibawa ke Pelabuhan St John’s di Newfoundland, Canada, yang terletak kira-kira 400 batu dari tapak nahas itu oleh kapal Horizon Arctic Canada.

Menurut agensi itu, mereka akan membawa bukti yang ditemui itu ke sebuah pelabuhan Amerika untuk dianalisis dan diuji oleh lembaga siasatan marin yang dibentuk untuk menjalankan siasatan rasmi terhadap Titan.

Karyawan perubatan Amerika juga akan menjalankan analisis rasmi terhadap cebisan mayat yang dipercayai ditemui bersama serpihan kapal selam itu, menurut kenyataan Pengawal Pantai Amerika.

Video oleh Perbadanan Penyiaran Canada menunjukkan bahagian hidung kapal selam itu serta serpihan lain yang dibungkus dengan kain tarpaulin putih dibawa naik menggunakan kren dari dek kapal Horizon Arctic pada Rabu.

Video itu turut menunjukkan serpihan badan kapal selam itu dan mesin dengan wayar yang berjuntai dibawa keluar dari kapal tersebut di St John’s, tempat pengembaraan ke bangkai Titanic bermula.

Pemeriksaan yang akan dijalankan pada serpihan kapal selam itu dijangka mendedahkan punca letupan yang menghancurkan Titan pada 18 Jun.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Canada juga telah melancarkan siasatan.

Serpihan kapal selam yang terputus hubungan dengan kapal sokongan di permukaan sekitar satu jam 45 minit selepas menyelam ke dasar laut itu ditemui di dasar laut sekitar 488 meter dari bangkai Titanic empat hari kemudian.

Penemuan serpihan kapal selam Titan oleh kenderaan selam robotik sedalam lebih dua batu itu sekali gus mengakhiri pencarian berbilang negara yang menarik perhatian media di seluruh dunia.

Lima individu yang maut termasuk Encik Stockton Rush, pengasas dan ketua pegawai eksekutif OceanGate Expeditions yang berpangkalan di Amerika, yang mengendalikan kapal selam itu.

Setiap penumpang dikenakan bayaran AS$250,000 ($337,640) bagi sesi pengembaraan Titanic.

Yang lain ialah jutawan Britain dan penjelajah, Encik Hamish Harding, 58 tahun; usahawan kelahiran Pakistan, Encik Shahzada Dawood, 48 tahun; dan anak lelakinya, Encik Suleman, 19 tahun, kedua-duanya warga Britain; serta pakar lautan Perancis, Encik Paul-Henri Nargeolet, 77 tahun.

Nahas kapal selam itu menimbulkan persoalan tentang pengembaraan sedemikian yang tidak dikawal pihak berkuasa serta keputusan OceanGate mengetepikan semakan industri pihak ketiga serta pensijilan reka bentuk baru Titan. –Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >