Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cef selebriti Bourdain belanja Obama makan mi $8.30 di Hanoi

May 24, 2016 | 12:27 PM



HANOI: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menyimpang sekejap daripada lawatan ke Vietnam untuk menjamu selera dengan cef selebriti Anthony Bourdain di sebuah restoran kecil pada Isnin (23 Mei).



Bourdain, juga dari Amerika, mendedahkan beliau membelanja Encik Obama makan di restoran Bun cha Huong Lien di Hanoi pada harga hanya AS$6 ($8.30).



"Bangku plastik rendah, mi tepung beras murah tapi lazat, bir sejuk Hanoi," katanya menerusi tweet.



"Harga hidangan malam Bun cha dengan Presiden: $6. Saya bayar," tambah Bourdain.



Dalam post Instagram, beliau berkata kemahiran Encik Obama menggunakan penyepit "sempurna".



Menurut CNN, adegan mereka makan dan berbual di restoran akan dipapar dalam satu episod 'Anthony Bourdain Parts Unknown' - satu siri televisyen yang dihos oleh cef terkenal itu, yang menampilkan destinasi tidak diketahui ramai dan pelbagai budaya.



Episod tersebut akan disiar pada September.



Encik Obama, yang tiba di Vietnam pada Ahad, akan ke Ho Chi Minh City sebelum ke Jepun, di mana beliau akan menamatkan lawatan ke Asia dengan menjadi Presiden Amerika pertama melawat Hiroshima semasa dalam jawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >