Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cef selebriti hadapi tuduhan liwat

Dec 22, 2015 | 05:21 PM



JOHOR BAHRU: Seorang cef selebriti warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi, atas pertuduhan meliwat dan ugutan jenayah, pada 10 Disember lalu.


Tertuduh, Muhammad Mustaqim Juri, 38 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.


Muhammad Mustaqim dituduh meliwat seorang lelaki berusia 22 tahun di tempat meletak kereta Klinik Kempas, Jalan Pesiaran Tanjung, Tampoi dekat sini, pada jam 2.30 petang, 10 Disember lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap ibu mangsa berusia 47 tahun di alamat 04-55 Blok D, Taman Cempaka, Tampoi dekat sini, pada jam 2 petang, 10 Disember lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau keduanya sekali.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sheela Marlina Uttaman manakala tertuduh diwakili peguam, Encik Asram Mohd Zakaria.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 ($13,068) dengan seorang penjamin selain pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah hingga sebutan semula kes pada 17 Januari depan. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >