ROMPIN (PAHANG): Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga miskin tidak menjadi penghalang bagi Cef selebriti Malaysia Datuk Redzuawan Ismail, atau Cef Wan, mencapai kejayaan besar.
Ini kerana bekas akauntan itu, yang sekarang antara Cef selebriti terkemuka di dunia, tidak pernah berhenti berusaha meningkatkan mutu hidup keluarganya.