SEGAMAT: Kira-kira 50 pesakit dan kakitangan wad 3 Hospital Segamat, Johor, cemas apabila bilik linen yang menyimpan kain, selimut dan pakaian pesakit di wad itu terbakar petang kelmarin.
Bagaimanapun, ia kebakaran kecil dan api dipadamkan pihak hospital sebelum sebuah kereta bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Putra tiba di tempat kejadian.