PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Encik Christoph Mueller, dalam mesej pertamanya kepada 20,000 pekerja syarikat itu, memberi amaran akan berlaku pemotongan kerja besar-besaran, kerana kos syarikat penerbangan itu adalah sekitar 20 peratus lebih tinggi berbanding pesaingnya.
Beliau juga memberi amaran tahun ini adalah lebih mencabar berbanding yang dijangkakan.