PARIS: Majalah satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo, mengundang kemarahan lagi apabila edisi terbarunya memaparkan karikatur Nabi Muhammad saw.
Peguam Charlie Hebdo, Encik Richard Malka, memberitahu sebuah stesen radio tempatan sebelum ini bahawa edisi itu semata-mata mahu membuktikan bahawa kakitangan penerbitan itu tidak akan tunduk pada tekanan kumpulan ekstremis.