Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Charlotte kenakan perintah berkurung dek rusuhan susuli tembakan lelaki kulit hitam

Sep 23, 2016 | 12:22 PM



CHARLOTTE: Bandar Charlotte, di North Carolina, berkata ia telah mengenakan perintah berkurung dari tengah malam hingga 6 pagi berikutan rusuhan selama tiga malam yang dicetuskan oleh kejadian pegawai polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam.



Ia berkata di Twitter pada Khamis (22 Sep) waktu tempatan (Jumaat waktu Singapura) perintah berkurung akan berkuatkuasa sehingga keadaan darurat itu ditarik balik atau pengisytiharan perintah berkurung dibatalkan.



Rusuhan yang melanda bandar itu membawa kepada satu kematian pada Khamis, apabila pegawai bandar berkata seorang penunjuk perasaan yang ditembak pada Rabu meninggal dunia.



Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di bandar itu pada Khamis, malam ketiga berturut-turut, sedang tentera Pengawal Kebangsaan memperkukuh pasukan polis di seluruh pusat bandar, sekali gus membantu menghentikan orang ramai.



Sementara itu, keluarga lelaki yang ditembak mati, Encik Keith Scott, melihat video kejadian tersebut dan peguam mereka berkata tidak jelas apakah beliau memegang pistol semasa dibunuh.



Encik Scott, 43 tahun, ditembak pada Selasa oleh seorang pegawai polis kulit hitam sebagai sebahagian daripada usaha polis memburu seorang lelaki lain.



Polis menegaskan Encik Scott membawa pistol semasa beliau didekati pegawai polis dan mengabaikan arahan berulang kali agar membuang senjata itu.



Keluarganya sebelum ini berkata beliau memegang buku, bukan senjata api. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >