Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China adakan latihan tentera keliling Taiwan

Apr 09, 2023 | 05:15 PM



BEIJING: China telah menjalankan latihan ketenteraannya di sekitar Taiwan pada Ahad, dalam apa yang disifatkannya sebagai “amaran keras” kepada pemerintah pulau itu menyusuli pertemuan presidennya dengan Speaker Dewan Amerika Syarikat.



Langkah itu menimbulkan kutukan daripada Taipei dan gesaan kekangan daripada Washington, yang dikatakan sedang “memantau tindakan Beijing itu secara dekat”.

Diberi nama ‘Joint Sword’, operasi selama tiga hari itu – termasuk latihan yang mengelilingi Taiwan – akan berlangsung sehingga Isnin, kata Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).



Latihan perang China itu menyaksikan pesawat, kapal dan kakitangan dihantar ke kawasan “maritim dan ruang udara di Selat Taiwan, dekat utara dan selatan pantai pulau itu, dan ke timur pulau tersebut”, kata tentera itu.



Satu laporan daripada stesen penyiar televisyen China, CCTV, berkata:



“Pasukan bertindak akan mengaturkan rondaan di sekitar pulau Taiwan secara serentak, mengelilingi dan mengambil langkah pencegahan.”



Laporan itu kemudian memberikan butiran tentang senjata yang digunakan China termasuk roket jarak jauh, penghapus kapal tentera, bot yang dilengkapi peluru berpandu, kumpulan pasukan jet udara, pesawat pengebom, dan pesawat pengisi minyak.



Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen dengan segera mengecam latihan tersebut, yang diadakan selepas pertemuannya dengan Speaker Dewan Amerika Syarikat, Encik Kevin McCarthy, di California.



Beliau berikrar untuk bekerjasama dengan Amerika dan negara-negara lain yang sealiran pendapat, bagi menghadapi “perluasan autoritarian yang berterusan”.



Di Washington, jurucakap Jabatan Negeri berkata Amerika telah secara “konsisten menggesa kekangan dan tidak mengubah apa-apa yang sedang berlaku”, namun akur bahawa ia mempunyai sumber mencukupi untuk memenuhi komitmen keselamatan di Asia. - Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >