BEIJING: Penduduk Singapura adalah kurang daripada 0.5 peratus penduduk China, tetapi Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew mempunyai pengaruh besar terhadap gergasi Asia itu sebagai model, penasihat, pengkritik dan realis geopolitik.
Mendiang Encik Lee, keturunan etnik Cina yang menerima pendidikan di Britain, berjaya "mengadunkan" pemerintahannya yang tegas dengan ekonomi pasaran bebas, dan mengubah Singapura menjadi salah sebuah negara yang terkaya di rantau ini - dan yang paling berdisiplin.