BEIJING: Beijing semalam melahirkan sokongan kepada Ketua Eksekutif Hongkong, Encik Leung Chun-Ying, dan memberi amaran tunjuk perasaan yang berterusan akan menyebabkan bandar itu menjadi huru-hara, menurut media rasmi China semalam.
Sokongan itu dilahirkan sedang Beijing memberi amaran kepada Washington supaya jangan campur tangan dalam urusan Hongkong.