BEIJING: Seorang diplomat China menggesa supaya keadaan "tenang dan terkawal" dapat dikekalkan antara Arab Saudi dengan Iran semasa satu lawatan ke kededua negara itu minggu lalu, kata pemerintah China semalam.
Saudi telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran awal bulan ini setelah pembantah di Iran menyerbu dan membakar kedutaan negara itu di Teheran disebabkan pelaksanaan hukuman mati ke atas tokoh Syiah, Nimr al-Nimr, oleh kerajaan Saudi.