Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

May 30, 2023 | 04:13 PM



JIUQUAN: China menghantar orang awam pertama ke angkasa lepas Rabu dalam misi dengan kru ke stesen angkasa Tiangong, demikian menurut China Manned Space Agency (CMSA), sekali gus meneruskan penerokaan angkasa lepasnya.


Ekonomi kedua terbesar dunia itu melabur berbilion dolar dalam program angkasa lepas yang dikendalikan tenteranya, dalam langkah mengejar Amerika Syarikat dan Russia selepas lewat bertahun-tahun untuk menyamai pencapaian mereka.

Sehingga kini, semua angkasawan China yang dihantar ke angkasa lepas ialah sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).

“Pakar muatan, Dr Gui Haichao, ialah seorang profesor di Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing,” kata jurucakap CMSA, Encik Lin Xiqiang, kepada pemberita, pada Selasa.

Encik Haichao akan “bertanggungjawab terutama bagi operasi atas orbit muatan eksperimen sains angkasa”, kata Encik Lin.

Media pemerintah melaporkan, komander misi ialah Encik Jing Haipeng, yang menyertai misi keempatnya ke angkasa lepas dan anak kapal ketiga ialah jurutera, Encik Zhu Yangzhu.

CMSA berkata, Shenzhou-16 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada 9.31 pagi (0131 GMT) Rabu.

Misi penerbangan itu adalah yang kedua dilaksanakan di bawah program angkasa lepas kendalian China pada tahun ini, dengan kru akan berada di orbit selama lima bulan.

Pelancaran itu menggunakan roket pengangkut Long March-2F yang akan diisi dengan cecair pemacu.

Pihak universiti di mana Dr Gui berkhidmat, yang juga dikenali sebagai Universiti Beihang, memaklumkan beliau berasal daripada ‘keluarga biasa’ di wilayah barat Yunnan.

Beliau ‘pertama kali berasai tarikan kepada aeroangkasa’ selepas mendengar berita mengenai manusia pertama China di angkasa lepas, Encik Yang Liwei, di radio kampus pada 2003, kata universiti itu dalam catatan di media sosial.

Di bawah Presiden Encik Xi Jinping, rancangan ‘impian angkasa lepas’ China dilakukan dengan lebih besar.

Terdahulu China merancang membina pangkalan di bulan, yang mana Pentadbiran Angkasa Negara China berkata, ia bertujuan melancarkan misi ke bulan dengan kru menjelang 2029.

Antara matlamat lain termasuk menguasai teknologi utama seperti perjalanan ulang-alik di antara bumi dengan bulan, singgah di permukaan bulan dan penerokaan bersama manusia-robot.

Selaku komander misi Shenzhou-16, Encik Jing akan menjadi angkasawan pertama China yang menjalankan misi penerbangan sebanyak empat kali. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >