Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China: Jet selinap belum tetapi akan mula berkhidmat tidak lama lagi

jet
Jun 01, 2016 | 02:20 PM



BEIJING: China masih menguji jet pejuang selinap pertamanya, J-20, tetapi pesawat tidak boleh dikesan radar itu akan mula digunakan tidak lama lagi, kata angkatan tentera udaranya.



Ini selepas gambar yang diedar dalam media China membayangkan pesawat tersebut telah menyertai kumpulan pesawat pejuang aktif negara itu.



China menjangka J-20 membantu merapatkan jurang ketenteraannya dengan Amerika Syarikat, dan pengesahan penerbangan ujian pertama pesawat itu bertepatan dengan lawatan setiausaha pertahanan ketika itu, Encik Robert Gates, ke Beijing pada 2011.



Sesetengah penganalisis berkata gambar J-20  mencadangkan China telah membuat kemajuan lebih cepat daripada jangkaan dalam membangunkan jet selinap saingan kepada jet pejuang F-22 Raptor Lockheed Martin  yang boleh mengelak radar.



Dalam satu kenyataan, tentera udara China menyifatkan sebagai "tidak boleh dipercayai" laporan bahawa J-20 telah muncul dalam latihan, menyusuli siaran televisyen negara hujung minggu yang menunjukkan gambar berbintik yang sesetengah penonton sangka adalah pesawat selinap itu.



"Pada masa ini, J-20 belum dilengkapi bagi perkhidmatan tentera udara," kata tentera udara dalam mickoblog rasminya lewat Selasa (31 Mei).



J-20, dan sebuah pesawat pengangkut baru, Y-20, masih menjalani ujian penerbangan seperti yang dirancang, kata tentera udara.



"Dalam masa terdekat, J-20 dan Y-20 akan, berturut-turut, dilengkapi bagi perkhidmatan, sekali gus meningkatkan keupayaan tentera udara memenuhi misinya," katanya, tanpa memberi tempoh masa.



Bagaimanapun, ada pakar berkata China sedang terkial-kial untuk membangunkan enjin canggih yang akan membolehkan pesawat pejuangnya menandingi jet pejuang Barat dalam pertempuran. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >