China kerah jet pejuang ke Pulau Woody di Laut China Selatan: Pegawai AS

WASHINGTON: China telah mengerahkan jet pejuang ke pulau yang dipertikai di Laut China Selatan yang sebelum ini dikerahkannya peluru berpandu permukaan ke udara, kata pegawai Amerika Syarikat.

Menyebut dua pegawai Amerika yang tidak dinamakan, Fox News berkata perkhidmatan perisikan Amerika mengesan pesawat pejuang Shenyang J-11 dan Xian JH-7 China di Pulau Woody, dalam rantaian Kepulauan Paracel yang menjadi pertikaian, sejak beberapa hari lepas.

Kapten Tentera Laut Darryn James, jurucakap Pasukan Perintah Pasifik Amerika, mengesahkan laporan itu tetapi menyatakan jet pejuang China pernah menggunakan pulau tersebut.

Woody Island, yang juga dituntut oleh Taiwan dan Vietnam, mempunyai lapangan terbang beroperasi sejak 1990-an tetapi ia telah dinaik taraf tahun lepas untuk menampung J-11.

"Kami tetap bimbang bahawa China terus meletak sistem senjata maju di wilayah dipertikai itu," kata Kapten James.

Langkah itu dilaporkan sedang Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, menjadi hos rakan sejawatannya dari China, Menteri Luar Wang Yi, di Washington.

Minggu lalu, China mengesahkan ia telah meletakkan "senjata" di Pulau Woody, tetapi menyatakan ia mempunyai hak kedaulatan untuk melakukannya.

Seorang pegawai Amerika berkata Beijing telah mengerahkan peluru berpandu permukaan ke udara, kelihatan seperti HQ-9, yang mempunyai jarak tembak kira-kira 200 km, ke pulau tersebut.

Encik Wang dijadualkan melawat Pentagon pada awal Selasa (23 Feb) tetapi lawatan itu dibatalkan kerana "konflik penjadualan", kata pegawai.

Pada Isnin, Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa di Washington mengeluarkan imej satelit yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti kemudahan radar frekuensi tinggi yang sedang dibina di sebuah pulau buatan di Terumbu Cuarteron di Kepulauan Spratly yang dipertikai. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.