BEIJING: China telah merayu kepada Amerika Syarikat supaya menyokongnya dalam usaha memerangi militan Islam di Xinjiang, barat China, dengan menegaskan kumpulan pengganas itu juga boleh mengancam Amerika Syarikat.
Pegawai China berkata, Pergerakan Islam Turkistan Timur (Etim) merekrut puak Uighur, yang kebanyakannya merupakan etnik minoriti Muslim dari wilayah Xinjiang, dan melatih mereka bersama militan di Syria dan Iraq, dengan niat untuk pulang ke China dan melancarkan 'jihad'.