Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China pulangkan kepada Amerika dron yang dirampas

Dec 20, 2016 | 02:18 PM



BEIJING: China telah memulangkan dron dalam air kepada Amerika Syarikat yang diambil oleh tentera angkatan laut Cina di Laut Cina Selatan minggu lalu selepas perbincangan "mesra" antara kedua-dua negara, kata Kementerian Pertahanan China, hari ini.



Tindakan China merampas kenderaan bebas kawalan dalam air (UUV) itu telah menyebabkan Amerika mengemukakan bantahan diplomatik dan wujud spekulasi sama ada ia akan mengukuhkan lagi kepimpinan Presiden Dipilih Amerika, Encik Donald Trump, sedang beliau cuba menetapkan pendirian lebih tegar terhadap Beijing.



Angkatan tentera laut China mengambil dron itu, yang dikatakan Pentagon sebagai menggunakan teknologi komersil yang tidak diklasifikasikan, untuk mengumpul data dasar laut, pada Khamis lalu di kawasan sekitar 50 batu nautika barat laut Subic Bay di Filipina.



Dalam kenyatan ringkasnya, Kementerian Pertahanan China berkata:



"Selepas rundingan mesra antara China dan Amerika, tugas mengembalikan dron dalam air Amerika telah dilaksanakan dengan lancar di perairan berkaitan di Laut China Selatan pada tengahari 20 Disember," menurut kenyataan itu.



Ia bagaimanapun tidak memberi jawapan bagi perincian lanjut tentang penyerahan itu.



Rampasan itu telah meningkatkan lagi keprihatinan Amerika terhadap meningkatnya kehadiran tentera China dan sikapnya yang kelihatan agresif di kawasan Laut China Selatan yang dipertikaikan, termasuk mengadakan pos kawalan ketenteraan.



Tentera Laut Amerika mempunyai sekitar 130 drone dalam air, yang dibuat oleh Teledyne Webb, di mana setiap satu seberat kira-kira 60 kilogram dan berupaya kekal dalam air sehingga lima bulan.



Ia digunakan untuk mengumpul data tentang laut, termasuk suhu dan kedalamannya.



Ia digunakan di seluruh dunia, tetapi tidak pasti berapa banyakkah digunakan di Laut China Selatan.



China begitu curiga terhadap apa jua kegiatan ketenteraan Amerika di Laut China Selatan yang kaya sumber, dengan media negara itu dan para cerdik pandai berkata, penggunaan dron itu adalah sebahagian daripada pemantauan Amerika terhadap laluan di kawasan yang dipertikaikan. - The Business Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >