Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, China runding persetujuan tidak akan guna senjata siber

Sep 21, 2015 | 11:17 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan China sedang merundingkan apa yang boleh menjadi perjanjian kawalan senjata pertama bagi ruang siber, merangkumi komitmen tidak akan menjadi negara pertama menggunakan senjata siber untuk melumpuhkan prasarana kritikal negara satu sama lain ketika masa aman, menurut para pegawai yang terlibat dalam rundingan itu.


Bagaimanapun, walaupun perjanjian itu dapat menangani serangan ke atas loji kuasa, sistem perbankan, rangkaian telefon bimbit dan hospital, ia tidak akan, sekurang-kurangnya dalam versi pertamanya, menyediakan perlindungan daripada kebanyakan serangan yang dikatakan telah dilakukan China di Amerika, termasuk pencerobohan berleluasa ke atas harta intelek dan kecurian berjuta data peribadi kakitangan pemerintah.


Rundingan telah dijalankan dengan segera dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan matlamat mengumumkan satu perjanjian ketika Presiden China, Encik Xi Jinping, tiba di Washington bagi satu lawatan negara pada Khamis (24 Sep).


Bagaimanapun, seorang pegawai pentadbiran kanan Amerika yang terlibat dalam perbincangan itu berkata kenyataan awal antara Presiden Barack Obama dan Encik Xi mungkin tidak mengandungi "sebutan tertentu, terperinci" mengenai larangan menyerang prasarana kritikal.


Sebaliknya, ia lebih merupakan "penerima umum" tatakelakuan yang disediakan sebuah kumpulan kerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.


Salah satu perkara utama dalam dokumen PBB mengenai prinsip bagi ruang siber itu ialah tidak ada negara harus membenarkan kegiatan "yang sengaja merosakan infrastruktur kritikal atau merosakkan penggunaan dan operasi infrastruktur kritikal bagi menyediakan perkhidmatan kepada orang awam".


Matlamat perunding Amerika ialah membuat pemimpin Cina menerima prinsip tatakelakuan PBB itu dalam perjanjian dua hala dengan Washington. - THE NEW YORK TIMES




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >