Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China sedia runding jika Filipina ketepi putusan mahkamah timbang tara: Akhbar

Jul 04, 2016 | 02:44 PM



SHANGHAI: China bersedia memulakan rundingan dengan Filipina mengenai isu Laut China Selatan jika Manila mengetepikan ketetapan timbang tara yang dijangka minggu depan tentang pertikaian wilayah mereka, lapor akhbar rasmi China Daily pada Isnin (4 Julai).



Filipina membawa kes itu ke Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague dan ketetapannya dijangka pada 12 Julai.



Kes itu mencabar tuntutan China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan.



China telah berkata ia tidak akan menerima keputusan mahkamah itu, yang akan bermakna menghina perintah undang-undang antarabangsa.



Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei mempunyai tuntutan bertindih dengan China di kawasan itu. Beijing telah menolak kes timbang tara, dengan mendakwa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa dan mengatakan ia mahu menyelesaikan isu tersebut secara dua hala.



Rundingan antara China dan Filipina boleh merangkumi "isu-isu seperti pembangunan dan kerjasama dalam penyelidikan saintifik bersama jika pemerintah baru (Filipina) mengetepikan keputusan tribunal itu sebelum kembali ke meja rundingan", lapor China Daily.



Akhbar bahasa Inggeris kendalian pemerintah utama itu tidak menamakan sumbernya tetapi mengenal pasti mereka sebagai "rapat dengan isu-isu antara dua negara ini". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >