Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China tidak damba peranan jadi 'abang' di Asia: Li

Jun 01, 2016 | 08:33 AM



BEIJING: China tidak berhasrat mengambil alih peranan sebagai "abang" tetapi sebaliknya mahu membina masa depan yang dikongsi dengan semua negara jiran, kata Perdana Menteri Li Keqiang di Beijing pada Selasa (31 Mei).



Beliau menegaskan beberapa kali China sebuah negara membangun dan masih jauh daripada mencapai rancangannya menjadi negara moden.



Tiada alasan untuk menganggap China sebagai sebuah kuasa besar, dan ia juga tidak mempunyai niat berkelakuan seperti sebuah kuasa besarsatu, kata Encik Li.



"China masih jauh daripada mencapai rancangannya menjadi sebuah negara moden. Ia memerlukan sebuah sekitaran serantau stabil dan sekitaran antarabangsa aman, dan China komited melindungi sekitaran itu," katanya.



Encik Li membuat komen tersebut semasa menjawab soalan daripada para editor Asia semasa sebuah pertemuan di Dewan Besar Rakyat.



Para editor daripada 21 cawangan media Asia itu sedang bertemu di Beijing bagi mesyuarat lembaga tahunan dua hari Asia News Network (ANN), sebuah gabungan terdiri daripada kumpulan berita terkemuka, kebanyakannya berbahasa Inggeris.



Encik Li berkata sekalipun China berjaya dalam usaha pemodenannya dalam dekad akan datang, Beijing tidak akan menguasai atau membuli sembarang negara lain, bagaimana kecil sekalipun negara itu dari segi jumlah penduduk atau jisim tanah.



Sedangkan lidah lagi tergigit, jiran secara semula jadi akan mempunyai perbezaan, ujar beliau.



Yang penting, katanya, ialah menangani jurang perbezaan itu secara tenang serta diplomatik.



Menjawab soalan mengenai hubungan China dengan Asean, Encik Li berkata Beijing secara konsisten menyokong proses integrasi Asean dan pembinaan masyarakat Asean.



"Kami komited meneruskan dasar bersahabat, ikhlas, kebaikan bersama dan keterangkuman dalam membangunkan hubungan dengan jiran-jiran," katanya.



"Kami ingin meluaskan sifat saling percaya dari segi politik dengan negara anggota Asean dan negara Asia lain... dan melakukan usaha bersepadu untuk membina masyarakat dengan masa depan yang dikongsi di Asia." - China Daily/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >