Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mendedahkan China telah mengesan objek terapung menerusi imej satelit di koridor selatan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370. China kini sedang mengerahkan kapal-kapal tenteranya untuk menyiasat. Menurut Datuk Hishammuddin, pemerintah China akan membuat pengumuman dalam beberapa jam mengenai objek tersebut yang berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata transkrip antara juruterbang MJ370 dan pusat kawalan trafik yang disiarkan Daily Telegraph tidak tepat dan ia kini sedang disiasat polis.