Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China usul 'mekanisme kerjasama' bagi Laut China Selatan

Mar 09, 2016 | 09:27 AM



BEIJING: China telah menyarankan penubuhan sebuah "mekanisme kerjasama" bagi negara-negara pantai di Laut China Selatan, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kerjasama maritim dengan Asia Tenggara.



Bagaimanapun, memandangkan ketegangan masih tinggi di perairan dipertikai itu, Menteri Luar China, Encik Wang Yi, mempertahan kuat tindakan China membangunkan kemudahan pertahanan, sambil menuduh negara lain mententerakan rantau ini.



Bercakap dalam satu sidang akhbar di luar acara mesyuarat perundangan tahunan China pada Selasa (8 Mac), Encik Wang berkata Beijing "bersedia meneroka kemungkinan mewujudkan mekanisme kerjasama negara-negara pantai Laut China Se" apabila beliau bercakap mengenai hubungan China-Asean, yang menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini.



Walaupun beliau tidak membeributiran, penganalisis berkata ini kali pertama seorang pegawai China menyarankan mekanisme sedemikian.



Lapan negara pantai Laut China Selatan dalam Asean termasuk Vietnam, Malaysia, Brunei dan Filipina, yang terlibat dalam tuntutan wilayah dengan China yang telah memburuk hubungan dua hala.



Negara pantai lain yang tiada tuntutan ialah Kemboja, Singapura, Indonesia dan Thailand.



"China sedang menimbang menyejukkan ketegangan dengan negara-negara yang membuat tuntutan, yang merupakan punca utama ketegangan dengan Asean," kata seorang pakar Asia Tenggara berpangkalan di Beijing, Dr Xu Liping, lapor akhbar The Straits Times.



Beliau berkata mekanisme kerjasama itu boleh menyerupai kerjasama yang China telah tandatangani dengan negara individu Asean, misalnya dalam penyelidikan maritim, pembangunan dan keselamatan.



Pakar keselamatan Li Mingjiang daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam berasa mekanisme tersebut mungkin memberi tumpuan pada perkara-perkara "lembut" seperti perlindungan alam sekitar.



Encik Wang semalam terus menolak kes timbang tara Laut China Selatan Filipina terhadap China di The Hague, den gan berkata ia hasil "hasutan dan manipulasi politik".



Hubungan dengan negara Asean lain juga tegang sejak kegiatan penambakan China di Laut China Selatan bermula pada 2014, dan laporan baru-baru ini bahawa ia mengerahkan peluru berpandu, jet pejuang dan peralatan radar di pulau-pulau dan terumbu yang dipertikai di laut itu.



Ketegangan juga telah meningkat antara China dan Amerika Syarikat, yang menuduh Beijing mententerakan rantau ini dan melakukan pelayaran berhampiran pulau-pulau yang dituntut China.



Dalam satu selaran tanpa menyebut Amerika, Encik Wang berkata ada pihak sekarang "menimbulkan masalah dan menunjukkan senjata api mereka" di Laut China Selatan.



"Semua orang bercakap mengenai pententeraan. Label ini lebih sesuai bagi negara-negara lain," kata Encik Wang, sambil menambah "apabila AS sejuk", soal kerjasama maritim mungkin boleh dipertimbang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >