SHANGHAI: Beijing telah mencadangkan rancangan tiga fasa untuk menyelesaikan krisis kaum minoriti Rohingya, bermula dengan menghentikan permusuhan, yang telah mendapat sokongan Myanmar dan Bangladesh, kata Kementerian Luar China.
Lebih 600,000 Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak akhir Ogos lalu, disebabkan operasi tentera Myanmar ke atas kumpulan yang disifatkan sebagai militan di negeri utara Rakhine, tempat tinggal kaum minoriti itu.