SAN FRANCISCO: Cisco Systems, syarikat pembuatan terbesar peralatan rangkaian, akan memberhentikan 14,000 pekerja di seluruh dunia, atau 20 peratus tenaga kerjanya, menurut laporan CRN, sambil menukil sumber yang rapat dengan syarikat itu.
Cisco dijangka mengumumkan pemberhentian itu dalam beberapa minggu akan datang, menurut laman web berita teknologi CRN, tanpa menamakan sumber-sumbernya.