Clinton kalah mengejut pada Sanders di Michigan

WASHINGTON/DETROIT: Encik Bernie Sanders menang mengejut di Michigan, mengalahkan Cik Hillary Clinton dalam persaingan menjadi calon parti Demokrat bagi pilihan raya presiden November ini, menurut rangkaian berita Amerika Syarikat.

"Ini satu malam hebat di Michigan," kata Encik Sanders sejurus sebelum perlumbaan itu diumum berpihak kepada beliau.

Michigan salah satu daripada empat negeri yang mengadakan undi memilih calon presiden pada pada Selasa (8 Mac).

Dengan keputusan 97 peratus kejiranan telah dilaporkan, Encik Sanders, Senator Vermont, meraih 50.1 peratus undi berbanding 48 peratus bagi Cik Clinton.

Sebelum itu, Cik Clinton, mantan setiausaha negara, menang besar di Mississippi, sekali gus meneruskan rentak kemenangan yang membuat beliau mendahului perlumbaan menjadi calon Demokrat. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.