Clinton menang di Kentucky, kian hampir jadi calon presiden Demokrat

WASHINGTON: Mantan setiausaha negara Hillary Clinton menang dalam pemilihan awal parti Demokrat di Kentucky, manakala Senator Bernie Sanders menang di Oregon.

Kemenangan Cik Clinton membuat beliau semakin hampir mendapat jumlah perwakilan yang diperlukan untuk menjadi calon parti itu bagi pilihan raya presiden pada November.

Namun, Senator Sanders belum berputus asa dan berikrar akan terus berjuang.

Menurut anggaran terkini oleh Associated Press, Cik Clinton telah mendapat 2,289 perwakilan, termasuk 524 golongan elit parti yang dikenali sebagai 'superdelegate' (perwakilan hebat).

Beliau memerlukan hanya 94 perwakilan lagi untuk mencapai majoriti jelas dan mendapatkan pencalonan Demokrat.

Ini hampir pasti berlaku pada 7 Jun apabila beberapa negeri besar seperti California dan New Jersey mengadakan pemilihan.

Senator Sanders, sebaliknya, perlu memenangi hampir 70 peratus daripada baki semua perwakilan untuk memintas Cik Clinton dalam persaingan menjadi calon Demokratik ke Rumah Putih itu.

Kini tinggal sembilan lagi pemilihan bagi parti itu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.