CNN: Malaysia dedah laporan kehilangan MH370 minggu depan

LAPORAN mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan keluar minggu depan, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

"Saya telah mengarahkan satu pasukan penyiasat dalaman terdiri daripada pakar-pakar untuk melihat laporan itu dan terdapat kemungkinan kita boleh mendedahkan laporan itu minggu depan," Datuk Seri Najib ditukil sebagai memberitahu rangkaian berita CNN.

Telah hampir 50 hari sejak pesawat MH370 dan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.

Keluarga mangsa marah pada kekurangan maklumat, dan Malaysia telah dikritik kerana cara mereka mengendalikan siasatan.

Data satelit menunjukkan pesawat berpaling dari laluan timur yang kurang daripada satu jam selepas berlepas dan terbang ke arah Lautan Hindi selatan di mana ia dipercayai terhempas.

Menurut CNN, laporan awal telah dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan saat ini ia tidak didedahkan kepada orang ramai .

Jurucakap ICAO memberitahu CNN bahawa laporan yang terkandung saranan keselamatan dari Malaysia, untuk dunia penerbangan melihat kemungkinan mengadakan pengesanan masa nyata pesawat komersial.

Malaysia telah menegaskan ia tidak menyembunyikan apa-apa dan sedang berusaha untuk mencari jawapan. Kabinet Malaysia telah bersetuju untuk mempunyai sebuah pasukan antarabangsa bagi menyiasat kehilangan Flight 370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, nama-nama ahli-ahli pasukan itu akan diumumkan minggu depan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.