Cuaca baik bantu usaha pencarian objek

SYDNEY: Australia telah menyambung semula usaha mencari kemungkinan serpihan pesawat yang terapung di kawasan terpencil Lautan Hindi sebaik matahari terbit selepas ia digantung malam tadi.

Petang semalam, kapal pengangkut kenderaan Norway, Hoegh Autoliners, tiba di lokasi kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth itu selepas cuaca buruk dan jarak ketampakan yang terhad.

Cuaca lebih baik hari ini akan membantu usaha mencari objek terapung yang dikesan satelit di Lautan Hindi, dipercayai pesawat MH370, semalam.

Biro Meteorologi Australia menyatakan, cuaca semakin baik hari ini selepas mendung dan hujan semalam.

Australia telah mengerahkan dua pesawat, sementara sebuah pesawat lagi dari New Zealand dan Amerika Syarikat turut mengerahkan satu pesawatnya.

Australia turut mengerahkan kapal tentera laut, HMAS Success manakala tentera laut Britain menghantar kapal pemantauan, HMS Echo, dalam usaha mengesan objek tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.