Cuba seludup keluar 10 ular dalam seluar

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki yang didakwa cuba menyeludup ular keluar pada Sabtu (16 Jul) dengan menyembunyikan 10 anak reptilia itu dalam seluarnya.

Ketika itu dia dijadualkan menaiki penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini.

Media tempatan memetik naib presiden komunikasi korporat Garuda Indonesia, Encik Benny Sigar Butarbutar, berkata penumpang yang dikenali sebagai Koufiah Jihad Zaki itu ditangkap selepas dia melalui pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat.

Ular itu disembunyikan di dalam beberapa beg kain hitam dalam seluarnya.

"Beliau ditangkap dengan cepat semasa melalui X-ray di pintu masuk ke lapangan terbang," kata Encik Benny kepada akhbar Kompas pada Ahad.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.