Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cubaan serangan bom di Makkah, enam cedera

Jun 24, 2017 | 01:07 PM



MAKKAH (Arab Saudi): Enam jemaah asing cedera apabila seorang pengebom bunuh diri yang menyasar tapak suci Makkah meletupkan dirinya, kata Kementerian Dalam Negeri.



Kejadian itu berlaku di sekitar kawasan Masjidil Haram apabila ratusan ribu jemaah berkumpul bagi solat zuhur pada Jumaat terakhir Ramadan tahun ini, semalam.



Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al-Turki, memberitahu televisyen Saudi bahawa polis berjaya "menggagalkan rancangan pengganas yang menyasar keselamatan Masjidil Haram, jemaah dan mereka yang sedang beribadah".



Dalam serbuan pada awal pagi di Makkah dan Jeddah, pegawai telah menangkap lima suspek, termasuk seorang wanita, sebelum mengepung lokasi pengebom sekitar Masjidil Haram.



"Malangnya, dia mula menembak ke arah kakitangan keselamatan apabila dia melihat mereka di kawasan itu yang menyebabkan saling tembak-menembak sebelum dia meletupkan diri," kata Jeneral Mansour.



Letupan itu sebahagiannya meruntuhkan bangunan tempat dia bersembunyi dan mencederakan enam jemaah, tambah beliau. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >