Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Daging proses seperti sosej sebabkan barah usus besar

Oct 27, 2015 | 11:26 AM



PARIS: Sosej, ham dan daging proses lain menyebabkan barah kolon, atau usus besar, dan "mungkin" begitu juga daging merah, menurut sebuah cabang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Hasil kajian menyokong "aranan agar mengehadkan pengambilan daging", ujar Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Barah (IARC), yang menyusun satu penilaian lebih 800 penyelidikan tentang hubungan antara diet daging dan barah, dalam satu kenyataan pada Isnin (26 Okt).


Bagi individu, risiko mendapat barah daripada memakan daging proses secara statistik adalah "kecil", ujar agensi itu, tetapi ia "meningkat bersama jumlah daging yang dimakan".


"Setiap bahagian seberat 50g daripada daging proses yang dimakan setiap hari meningkatkan risiko barah kolorektum sebanyak 18 peratus," kata laporan yang disusun oleh 22 pakar dari 10 negara itu.


Penilaian itu mendedahkan "bukti mekanistik kuat yang menyokong kesan karsinogenik (menyebabkan barah)" pemakanan daging merah - terutamanya bagi barah kolon dan rektum, tetapi juga bagi pankreas dan prostat, kata agensi berpangkalan di Lyon, Perancis itu.


Daging merah, yang menurut IARC termasuk daging lembu, kambing dan babi, diklasifikasi sebagai "berkemungkinan" bersifat karsinogen (bahan penyebab barah) dalam sebuah senarainya yang termasuk juga glyphosate, bahan aktif dalam banyak pembunuh rumpai.


Bagi daging proses seperti sosej, daging kering dan dalam tin atau sos berasas daging, terdapat "bukti cukup pada manusia bahawa pemakanan daging proses menyebabkan barah kolorektum".


IARC menyebut anggaran daripada Projek Beban Penyakit Sejagat, sebuah konsortium lebih 1,000 penyelidik, bahawa 34,000 kematian barah setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh diet yang tinggi dengan daging proses.


Ini berbanding kira-kira satu juta kematian barah setahun disebabkan merokok tembakau, 600,000 akibat penggunaan alkohol, dan lebih 200,000 akibat pencemaran udara. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >