AS dakwa jet Russia serang konvoi PBB

ALEPPO: Amerika Syarikat berkata dua pesawat Russia telah menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria sehingga mengorbankan 20 orang walaupun Russia dan Syria menafikan dakwaan itu.

Palang Merah, berkata sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam serangan ke atas trak yang membawa bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan ribuan warga Syria.

Dua jet pejuang Russia, Sukhoi SU-24, berada di ruang udara di atas konvoi kemanusiaan pada masa ia diserang, kata dua pegawai Amerika kepada Reuters, sambil menukil sumber risik Amerika yang mendorong mereka membuat kesimpulan bahawa Russia patut dipersalahkan.

Namun ini dinafikan Russia.

"Tentera udara Russia dan Syria tidak melancarkan sebarang serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan PBB di barat daya pinggir Aleppo," kata jurucakap kementerian pertahanan, Encik Igor Konashenkov dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Russia. - Agensi Berita

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,011.080 +2.860