BALTIMORE: Ratusan Penunjuk perasaan melanggar peraturan berkurung malam kelmarin sehari selepas enam pegawai polis didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki yang berada dalam tahanan pihak berkuasa.
Kematian Encik Freddie Gray, 25 tahun, mencetus rusuhan dan bantahan terhadap apa yang disifatkan sebagai kekejaman polis dan sikap perkauman.