Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dalang serangan Paris sah mati dalam serbuan polis

Nov 20, 2015 | 07:39 AM



PARIS: Suspek dalang serangan yang mengorbankan 129 jiwa di Paris antara yang terbunuh dalam serbuan polis di pinggir bandar ibu negara Perancis ini Rabu lalu (18 Nov), umum pendakwa Paris dalam satu kenyataan pada Khamis.


Abdelhamid Abaaoud, militan Belgium berusia 28 tahun, yang telah mendabik dada melancarkan serangan di Eropah untuk kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), dituduh mendalangi pengeboman dan tembakan yang diselaraskan pada 13 Nov di Paris itu.


Polis pada asalnya menyangka dia di Syria, tetapi siasatan mereka membawa ke sebuah rumah di St Denis di pinggir bandar Paris dan pegawai bersenjata menyerbu bangunan itu sebelum subuh, mencetuskan pertempuran besar-besaran dan pelbagai letupan.


"Abdelhamid Abaaoud baru sahaja dikenal pasti secara rasmi, selepas membandingkan cap jari, telah terbunuh dalam serbuan (polis)," kata kenyataan itu.


"Ia adalah mayat yang kami temui di dalam bangunan itu, penuh dengan peluru."


Pendakwa kemudian menambah tidak jelas apakah Abaaoud telah meletupkan tali pinggang bunuh diri.


Perdana Menteri Perancis, Encik Manuel Valls, mengalu-alukan kematian Abaaoud. Beliau mengumumkan berita itu di Parlimen, yang disambut dengan tepukan oleh anggota parlimen yang mengundi pada Khamis melanjutkan keadaan darurat negara itu selama tiga bulan.


Pengesahan bahawa Abaaoud berada di Paris akan menumpukan perhatian yang lebih pada perkhidmatan keselamatan Eropah, yang lebih awal selepas serangan Paris itu menyangka dia masih di Syria.


"Ini adalah satu kegagalan besar," kata Encik Roland Jaquard di pertubuhan Pemantauan Antarabangsa bagi Pengganasan.


Sebelum ini, para pegawai berkata pada Rabu dua orang terbunuh dalam serbuan itu, termasuk seorang pengebom nekad wanita yang meletupkan tali pinggang bunuh diri pada badannya.


Mayat yang satu lagi penuh dengan peluru, menyukarkan ia dikenal pasti.


Saintis forensik juga sedang memastikan apakah ada orang ketiga mati.


Lapan orang ditangkap dalam serbuan tersebut.


Dua sumber polis dan sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata sel St. Denis itu sedang merancang serangan baru di daerah perniagaan La Defense Paris.


Satu sumber rapat dengan penyiasatan itu berkata pengebom wanita yang terbunuh mungkin sepupu Abaaoud. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >