Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dana asing dikhuatiri biayai kempen Pilihan Raya Indonesia

Jan 12, 2024 | 07:19 PM



JAKARTA: Laporan mengenai transaksi mencurigakan, termasuk wang dari luar negara, menimbulkan kebimbangan bahawa parti politik Indonesia dan anggota mereka menggunakan cara yang menyalahi undang-undang untuk membiayai kempen pilihan raya mereka, ketika tekanan daripada aktivis meningkat supaya pihak berkuasa menyiasat dengan betul dapatan itu.


Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) mendapati wang dari luar negara masuk ke dalam akaun bendahari pejabat pusat dan wilayah 21 parti nasional dan tempatan, yang tidak dinamakan, menjelang pilihan raya umum Februari.

“Pada 2022, dana yang diterima dari luar negara (oleh 21 parti politik) berjumlah 83 bilion rupiah ($7.3 juta), manakala pada 2023, iaitu tahun politik, ia berjumlah 195 bilion rupiah,” kata ketua PPATK, Encik Ivan Yustiavandana, semasa sesi semakan tahunan pada 10 Januari.

Beliau tidak mendedahkan dari mana datangnya dana itu, pihak yang menerimanya dan berapa banyak daripadanya digunakan untuk membiayai kempen.

Encik Ivan juga berkata kira-kira 177 calon perundangan daripada 18 parti politik yang menyertai pilihan raya juga telah menukar 764 bilion rupiah kepada mata wang asing sepanjang 2022 dan 2023, yang didakwa bagi membiayai kempen mereka.

Melihat lebih dekat data PPATK menunjukkan beberapa calon perundangan juga pernah melakukan transaksi kewangan mencurigakan, berjumlah sekurang-kurangnya 51 trilion rupiah.

Laporan transaksi mencurigakan mula diketahui pada Disember 2023, apabila Encik Ivan mendedahkan bahawa PPATK mendapati beberapa kempen dibiayai oleh operasi lombong haram dan penyelewengan dana daripada pemberi pinjaman mikro luar bandar (BPR) di Jawa Tengah.

Bagaimanapun, Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) enggan melancarkan siasatan rasmi berhubung dapatan itu.

Menurut Bawaslu, perkara itu di luar bidang kuasanya, walaupun tekanan semakin meningkat agar ia melakukannya.

Aktivis pilihan raya, bagaimanapun, sekali lagi menggesa Bawaslu dan pihak penguat kuasa undang-undang bertindak dan menyiasat laporan PPATK baru-baru ini.

Ini kerana Undang-Undang Pilihan Raya 2017 secara jelas melarang parti politik dan calon membiayai kempen mereka melalui wang yang diterima daripada entiti asing atau kegiatan haram.

Pelanggaran peruntukan itu membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda 36 juta rupiah.

“Ini bukan perkara remeh. Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Bawaslu perlu melakukan lebih daripada sekadar meneliti laporan dana kempen (yang dihasilkan oleh parti dan calon perundangan),” kata Encik Kahfi Hafiz daripada Persatuan Pilihan Raya dan Demokrasi (Perludem), pada 11 Januari.

“Mereka perlu memperketat penyeliaan hingga ke rangkaian tidak formal, yang membiayai kempen ini,” katanya.

Beliau menambah bahawa transaksi mencurigakan juga boleh menjadi penunjuk parti atau calon perundangan yang menggunakan pembelian undi semasa berkempen.

Pasukan kempen tiga calon presiden juga telah meminta dijalankan siasatan.

Pasukan kempen calon presiden Encik Ganjar Pranowo dan pasangannya, Encik Mahfud MD, menggesa PPATK bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk bertindak dengan dapatan itu.

“(PPATK) tidak seharusnya hanya membuat kenyataan yang akhirnya mengelirukan orang ramai, dan membuatkan mereka mencurigakan,” kata juru kempen Encik Chico Hakim daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Seorang lagi calon presiden, Encik Anies Baswedan, berkata, di luar kempennya di Kalimantan Timur, bahawa PPATK “harus menentukan sama ada (dana asing) bermasalah”, menurut pelbagai laporan berita.

Sementara itu, Encik Nusron Wahid, juru kempen pasukan Encik Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka, berkata perkara itu harus diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.

Orang ramai tidak seharusnya “menganggap semua penemuan PPATK menjadi perbuatan jenayah”, katanya, lapor Kompas.com.

Kenyataan PPATK dibuat hanya beberapa hari selepas KPU mengumumkan bahawa kesemua 18 parti politik gagal menyerahkan laporan lengkap dana kempen pertama mereka menjelang tarikh akhir 7 Januari.

KPU juga mendapati 119 calon perundangan tidak mengemukakan laporan masing-masing.

Seramai 110 calon ini adalah dari Gelora, manakala selebihnya daripada PDI-P, Parti Buruh, Parti Kebangkitan Negara (PKB) dan parti Ummat.

Pesuruhjaya KPU, Encik Idham Holik, berkata pejabatnya telah beberapa kali mengadakan mesyuarat teknikal dengan parti politik dan peserta pilihan raya, bagi memastikan mereka sedar tanggungjawab mereka untuk mengemukakan laporan itu.

“KPU pasti parti politik sedar betapa pentingnya untuk telus dan bertanggungjawab dalam pembiayaan kempen mereka.

“Oleh itu, kita tunggu sehingga tarikh akhir,” kata Encik Idham. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >