Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dana kekayaan Abu Dhabi berhenti sokong 1MDB

Apr 19, 2016 | 09:00 AM



KUALA LUMPUR: Dana kekayaan negara Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), berkata perjanjiannya untuk menyokong 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah ditamatkan selepas syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu gagal membayar lebih AS$1 bilion ($1.36 bilion) yang dijanjikan.



1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia, satu-satunya pemegang saham dalam syarikat itu, "ingkar" syarat-syarat perjanjian yang dimeterai dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS, pada Mei tahun lepas, kata IPIC dalam satu makluman kepada Bursa Saham London pada Isnin (18 Apr).



Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah laporan bahawa IPIC enggan membayar faedah sebanyak AS$50 juta bagi pihak 1MDB, yang sepatutnya dibayar pada Isnin, bagi bon AS$1.75 bilion yang dikeluarkan 1MDB.



Di bawah perjanjian itu, IPIC menyediakan pada Jun lalu dana kecemasan sebanyak AS$1 bilion kepada 1MDB untuk ia membayar balik hutang AS$975 juta kepada sebuah konsortium bank, lapor laman berita Malaysiakini.



IPIC juga mengambil kewajipan membayar semua faedah yang dikenakan daripada bon AS$3.5 bilion 1MDB yang dikeluarkan pada 2012.



Ia akhirnya akan mengambil kewajipan membayar balik keseluruhan AS$3.5 bilion itu.



Sebagai balasan, IPIC akan mendapat aset 1MDB yang sama nilainya pada 30 Jun tahun ini.



IPIC menjamin bon AS$3.5 bilion itu ketika ia dikeluarkan pada 2012.



Bagaimanapun minggu lalu, IPIC menafikan ia memiliki syarikat yang dikenali sebagai Aabar BVI, yang menurut 1MDB telah dibayarnya AS$3.5 bilion pada 2012 bagi jaminan IPIC itu.



IPIC berkata ia sedang menimbangkan semua pilihan bagi membuat 1MDB membetulkan kegagalan syarikat itu membayarnya, lapor Reuters.



Ini termasuk merujuk perkara itu kepada forum penyelesaian pertikaian sesuai, kata IPIC.



IPIC juga berkata 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia mesti membayarnya dan Aabar Investments bagi sembarang tuntutan ke atas jaminan yang IPIC beri bagi bon 1MDB itu.



Harga bon dolar 1MDB merosot pada Isnin ke nilai paling rendah sejak November, mengikut harga yang disusun Bloomberg. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >