Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DAP buat laporan polis susuli bantahan ganas di ibu pejabatnya

Jul 14, 2016 | 10:46 AM



KUALA LUMPUR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) membuat laporan polis berikutan bantahan ganas oleh aktivis Melayu di luar ibu pejabatnya pada Selasa (12 Jul).



Penunjuk perasaan sekitar 150 orang terlibat dalam satu pergaduhan dengan polis rusuhan yang berkawal di depan ibu pejabat parti pembangkang itu di Kuala Lumpur.



Mereka marah pada seorang anggota parlimen DAP Perak, Encik Nga Kor Ming, yang didakwa meletak dua pos Facebook yang dianggap menghina orang Islam.



Satu pos mengenai amalan memberi duit Raya. Ia membayangkan duit yang diberi itu adalah wang rasuah, lapor media Malaysia.



Encik Nga telah menafikan meletak pos itu, yang telah dipadam.



Satu lagi pos, yang beliau tidak nafikan, mempunyai gambar bendera Amerika Syarikat serta emotikon tangan-tangan sedang doa dan kata-kata "Tuhan, bimbinglah negara kami kembali kepadamu."



Gambar itu mempunyai kapsyen: "Kami berkhidmat untuk memberkati orang lain, kami daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Selamat Hari Raya!"



Aktivis itu menganjurkan bantahan pada Selasa untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan mengemukakan surat bantahan kepada DAP.



Namun, bantahan itu cepat bertukar menjadi kekecohan apabila polis rusuhan menahan penunjuk perasaan daripada terlalu dekat dengan bangunan DAP, lapor media Malaysia.



Di balai polis pada Rabu, ketua pentadbiran ibu pejabat DAP, Encik Chu Yoon Ming, berkata beliau membuat laporan polis kerana berasa terancam oleh penunjuk perasaan ganas itu.



Encik Chu berkata selain melaungkan slogan perkauman, sebahagian daripada mereka melempar 'duit neraka', yang digunakan dalam acara sembahyang orang Cina, yang diangga DAP sebagai ugutan jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >