Darurat bukan alasan untuk gunakan kekerasan

BANGKOK: Mahkamah Sivil Thailand hari ini memutuskan keadaan darurat yang diisytiharkan di negara itu tidak boleh dijadikan alasan bagi kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas para penunjuk perasaan.

Mahkamah juga melarang penggunaan kekerasan ke atas para penunjuk perasaan, yang mendakwa mereka mengadakan bantahan secara aman.

Sebelum ini, mantan Ahli Parlimen (AP) Parti Demokrat, Encik Thaworn Saeniam, telah meminta mahkamah menarik balik dekri keadaan darurat yang dikeluarkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Cik Yingluck Shinawatra di Bangkok dan di wilayah berdekatan.

Cik Yingluck telah mengisytiharkan keadaan darurat pada Januari lalu untuk menangani para penunjuk perasaan antikerajaan yang dipimpin oleh mantan AP Parti Demokrat, Encik Suthep Thaugsuban, lapor The Nation.

Keadaan darurat membolehkan pihak berkuasa menahan para penunjuk perasaan bagi tempoh yang lebih lama tanpa didakwa, melarang perhimpunan politik dan menguatkuasakan perintah berkurung.

Keputusan mahkamah itu merupakan satu lagi tamparan kepada Cik Yingluck selang sehari lima orang terkorban dan lagi 65 orang cedera apabila pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan para penunjuk perasaan di sini. - Agensi.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.