Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Datuk K sifatkan Zahid murah hati beri RM10 juta untuk Yayasan Akalbudi melabur dalam firma rakannya

Aug 21, 2023 | 03:14 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan RM10 juta kepada syarikat rakannya Armada Holdings Sdn Bhd pada 2015 sebagai suatu pelaburan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk K, memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ketujuh bagi Datuk Zahid dalam perbicaraan melibatkan 47 pertuduhan yang dihadapinya.

Datuk Khalid berkata, beliau mula mengenali Datuk Zahid ketika bekerja sebagai pengurus di bahagian pinjaman sebuah bank Bumiputera yang kini dikenali sebagai CIMB.

“Antara perwatakannya yang saya tahu ialah beliau seorang yang pemurah, dermawan dan suka membantu apabila ada yang memerlukan bantuan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama terhadap motosikal dan pernah menyertai beberapa konvoi membabitkan motosikal berkuasa tinggi termasuk menjelajah di beberapa negeri di semenanjung Malaysia dan juga di Cape Town, Afrika Selatan.

Datuk Khalid berkata beliau dan isterinya juga pernah menunaikan umrah bersama Datuk Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis beberapa kali, dan biasanya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Datuk Khalid kemudian memberi keterangan tentang bagaimana badan amal Yayasan Akalbudi akhirnya memberikan cek RM10 juta ($2.4 juta) pada 2015 kepada syarikat Armada Holdings, milik firma rakannya yang juga rakan kongsi perniagaan Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr, sebagai modal permulaan yang mencukupi untuk membida kontrak bagi membekalkan arang batu dari Indonesia kepada anak syarikat pengeluar tenaga Tenaga Nasional Berhad, TNBFuel Services Sdn Bhd.

Menjawab pertanyaan peguam Datuk Zahid iatu Encik Hamidi Mohd Noh yang meminta beliau mengesahkan bahawa RM10 juta daripada Yayasan Akalbudi kepada Armada adalah satu bentuk pelaburan memandangkan terdapat “pulangan” ke atas pelaburan yang dikatakan itu, Datuk Khalid berkata ini adalah satu bentuk pelaburan kerana syarikat itu telah memulangkan wang untuk memastikan Yayasan Akalbudi tidak mengalami kerugian.

“Kedua, kami memohon bantuan daripada Datuk Zahid untuk mengurangkan modal berbayar daripada RM10 juta kepada RM5 juta, tetapi Datuk Zahid berbaik hati memberikan pendahuluan kepada syarikat RM10 juta dan bukannya RM5 juta, dan itu adalah pelaburan. daripada Yayasan Akalbudi,” tegas Datuk Khalid.

Apabila Encik Hamidi mencadangkan ini konsisten dengan keterangannya bahawa Datuk Zahid suka membantu orang yang memerlukan bantuan, Datuk Khalid berkata ini adalah pengalamannya sepanjang mengenali tertuduh.

Yayasan Akalbudi diasaskan dengan objektif yang dikatakan untuk menerima dan mentadbir dana untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kebajikan golongan miskin.

Datuk Khalid berkata, beliau mengenali Datuk Zahid sudah hampir 30 tahun sejak bertugas sebagai seorang pengurus bahagian pinjaman di bank Bumiputra yang kini dikenali sebagai Bank CIMB.

Beliau berkata, tempoh perkenalan itu membuatkan beliau rapat dengan Datuk dan mengenali sifat dan karakternya sebagai seorang yang pemurah, dermawan dan suka membantu apabila seseorang memerlukan bantuan.

Disebabkan itu, Datuk Khalid berkata, mereka pernah melakukan beberapa aktiviti sosial bersama seperti berkonvoi menaiki motosikal berkuasa tinggi dengan menjelajah ke beberapa negeri di dalam dan luar negara iaitu di Cape Town, Afrika Selatan kerana mempunyai minat sama dalam bidang permotoran.

Katanya, beliau bersama isteri juga pernah beberapa kali menunaikan ibadah umrah bersama Datuk Zahid dan isterinya.

Datuk Khalid memberikan keterangan bagi Datuk Zahid, 70 tahun, yang dibicarakan dengan 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Bagi tuduhan pecah amanah, Presiden UMNO itu didakwa antaranya sebagai ejen iaitu Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan wang RM10 juta, melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya memberi pinjaman kepada Armada Holdings. Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >