Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Datuk Yusof Haslam lepaskan tembakan selepas rumahnya dipecah masuk

Jul 07, 2014 | 02:13 PM



AMPANG JAYA: Menyedari rumahnya dipecah masuk, pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam melepaskan tembakan sebagai amaran sehingga menyebabkan perompak yang memasuki rumahnya melarikan diri.


Dalam kejadian 2.30 pagi di kediamannya di Taman Melawati di sini, mangsa yang sedang menonton televisyen terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah rumahnya.


Yusof yang menyedari sesuatu yang buruk telah berlaku dalam rumahnya mencapai pistol jenis Glock yang berada berhampiran beliau dan melepaskan tiga das tembakan sehingga mengejutkan suspek yang dipercayai seramai tiga orang, lapor laman web Astro Awani.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad, berkata suspek yang terkejut dengan bunyi tembakan bergegas melarikan diri dan pemeriksaan ke atas rumah tersebut mendapati sebuah bilik di tingkat empat itu telah dipecah dan digeledah.


"Suspek dipercayai memakai topeng dan pakaian serba hitam. Mereka juga tidak mengenakan sebarang sarung tangan," kata ACP Khairuldin.


Siasatan awal mendapati terdapat dua bilik dalam rumah itu telah digeledah dan suspek juga masuk ke dalam bilik pembantu rumah namun gagal melarikan apa-apa barang dari bilik tersebut kerana pembantu rumah yang ketika itu sedang tidur tiba-tiba terjaga kemudiannya menjerit meminta tolong.


"Suspek kemudian melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan rumah mangsa. Kerugian masih disiasat,"


Ketika kejadian, terdapat pengawal keselamatan yang mengawal rumah berkenaan namun tidak menyedari kejadian tersebut. - Astro Awani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >