WASHINGTON: Dalam membentangkan kes yang paling terperinci tentang penglibatan Russia dalam krisis Ukraine, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry (gambar), berkata Russia telah menyalurkan begitu banyak senjata berat kepada pemisah Ukraine.
Selain itu Russia juga melatih pemisah Ukraine mengendalikan peluru berpandu pemusnah pesawat, SA-11, jenis sistem yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine.