Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Demokrat mogok duduk di Dewan Perwakilan AS desak undian kawal senjata api

Jun 23, 2016 | 11:53 AM



WASHINGTON: Anggota Demokrat mengadakan mogok duduk di lantai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Rabu (22 Jun), menuntut dewan itu meneruskan sidang hingga kepimpinan Republikan bersetuju menjalankan undian bagi rang undang-undang kawalan senjata api berikutan kejadian menembak ramai-ramai di Orlando.



Melaungkan 'Tiada rang, tiada rehat!', puluhan ahli parlimen Demokrat menyertai bantahan tersebut.



Ketua Dewan parti itu, Cik Nancy Pelosi, berkata mereka akan meneruskan mogok duduk itu seberapa lama diperlukan untuk mendapatkan undian bagi rang tersebut.



Bagaimanapun, House Speaker, Paul Ryan, daripada parti Republikan, enggan tunduk kepada apa yang disifatkannya sebagai "tindakan menarik publisiti" dan berikrar tidak akan mengemukakan sembarang rang yang akan mengambil hak semua orang memiliki senjata api.



Langkah ahli politik Demokrat itu mengulangi tindakan halangan yang dijalankan anggota Dewan Senat parti Demokrat minggu lalu untuk membantah hakikat tidak ada tindakan diambil mengenai senjata api berikutan pembunuhan ramai-ramai pada 12 Jun di sebuah kelab malam gay di Orlando, Florida.



Dalam kejadian itu, seorang lelaki bersenjata membunuh 49 orang dan mencederakan 53 dalam kejadian tembakan paling dahsyat dalam sejarah moden Amerika.



Selepas tindakan senator Demokrat itu, senator Republikan, yang menguasai Dewan Senat menjadualkan undian bagi empat langkah kawalan senjata api - semuanya ditolak pada Isnin (20 Jun).



Encik Ryan memberitahu CNN beliau tidak akan menjadualkan sembarang undian di Dewan Perwakilan.



"Mereka tahu kami tidak akan membentangkan rang undang-undang yang mengambil hak seseorang yang dijamin oleh perlembagaan tanpa... proses yang sewajarnya," katanya.



Pegawai pengerusi Dewan Perwakilan, Encik Ted Poe daripada Republikan, yang menguasai Dewan itu, masuk sekitar tengah hari Rabu dan mendapati beberapa ahli parlimen Demokrat duduk di depan dewan itu sambil melaungkan bantahan.



Selepas mengetuk tukul kayu dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan itu, Encik Poe mengumumkan Dewan itu akan berihat, dan keluar.



Tetapi penunjuk perasaan Demokratik itu terus duduk hingga ke petang, memberi ucapan berapi-api dan mendesak diambil tindakan, sebelum rehat yang dijadualkan mulai hujung minggu ini hingga 5 Jul. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >