Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Desas desus Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor kian lantang

Jan 27, 2014 | 07:29 PM



PETALING JAYA: Desas-desus tentang satu rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadikan ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semakin lantang dengan adanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dikosongkan ekoran peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh, secara mendadak sebentar tadi jam 5 petang.


Akhbar Berita Harian Malaysia melaporkan Speaker DUN Selangor, Cik Hannah Yeoh, dalam satu satu sidang media khas tadi berkata surat peletakan jawatan terbabit sudah diterima.


Ditanya sekiranya peletakan Encik Lee berhubung tengkarah antara Tan Sri Khalid dengan Timbalan Presiden PKR dan ADUN Bukit Antarabangsa, Encik Mohamed Azmin Ali, Cik Yeoh berkata "adalah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi."


"Buat masa ini kerusi kosong. N25 merupakan sebuah kerusi PKR dan akan ditandingi anggota PKR," kata Cik Yeoh, lapor The Star Online.


Namun, menurut laporan itu, peletakan jawatan Encik Lee dipercayai ada kaitan dengan spekulasi yang semakin hangat bahawa Datuk Seri Anwar sedang dipersiapkan untuk menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor - Datuk Seri Anwar perlu menjadi seorang ADUN Selangor untuk mengambil alih jawatan tersebut.


Tan Sri Abdul Khalid bagaimana telah menolak "desas-desus" bahawa beliau akan berundur diri dan menekankan "masih Menteri Besar Selangor dan saya tidak ke mana-mana." - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >