Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dewan Kongres Amerika temui jalan buntu pilih Speaker baru

Oct 19, 2023 | 03:08 PM



WASHINGTON: Anggota kongres Amerika Syarikat menolak Encik Jim Jordan yang berpendirian tegar, untuk menjadi Speaker Dewan Perwakilan untuk kali kedua, pada Rabu ketika kekosongan kepimpinan dewan itu melumpuhkan Washington buat hari ke-15 tanpa resolusi jelas.


Dewan rendah Kongres mengalami masalah sejak Speaker dari parti Republikan, Encik Kevin McCarthy, diguling sayap kanan partinya pada 3 Oktober – menyebabkan ia tidak dapat menangani isu kemungkinan penutupan pentadbiran pemerintah dan isu peperangan di Timur Tengah.

Encik Jordan, pembantu kepada Encik Donald Trump yang dilanda skandal, tidak boleh kehilangan empat undi Republikan. Tetapi 22 rakannya menolak pencalonan beliau, dalam undian kali kedua – dua undi lebih banyak daripada yang menentangnya sehari sebelum ini.

Konflik Israel-Palestin, desakan baru untuk bantuan kepada Ukraine dan ancaman menutup pentadbiran pemerintah, telah memburukkan lagi keadaan, dengan Republikan berharap keperluan mendesak seperti itu boleh menyatukan parti yang berbalah itu.

Tetapi rakan sejawat Encik Jordan, yang faham dengan pendirian politik sayap kanannya, menyuarakan kegusaran terhadap usaha bersepadu untuk mendapatkan undian tambahan, bagi bekas juara gusti berusia 59 tahun itu.

“Setiap hari yang berlalu tanpa Speaker Dewan, adalah risiko keselamatan negara,” kata penyokong Encik Jordan dan Republikan California, Encik David Valadao.

“Saya mengundi calon Speaker Dewan dari parti Republikan kerana kita mesti kembali bekerja, dan kita tidak boleh berbuat apa-apa sehingga kita mempunyai seorang Speaker.”

Kekalahan kali kedua Encik Jordan menambahkan lagi kebimbangan terhadap kucar-kacir Republikan, dan mendorong sekumpulan penggubal undang-undang – termasuk Encik Valadao – untuk mendesak supaya dibataskan sebahagian besar kuasa seorang Speaker.

Tetapi Encik Jordan tidak menunjukkan tanda-tanda akan keluar kerana jurucakapnya, Encik Russell Dye berikrar kepada pemberita bahawa ahli kongres itu akan “terus”, mencuba pada pusingan seterusnya, yang dijangka pada Khamis.

Jumlah 199 undian yang diperoleh Encik Jordan, menandakan kali pertama dalam satu abad penama majoriti memperoleh di bawah 200 undi.

Pesaing Republikan, bertemu selepas mengundi menentangnya buat kali pertama pada Selasa dan hampir semua mengesahkan bantahan mereka, dengan beberapa meramalkan Encik Jordan hanya akan kehilangan lebih banyak sokongan.

Pakar strategi parti bimbang bahawa jika Encik Jordan mundur, kebuntuan akan berlanjutan kerana tiada alternatif jelas dengan sokongan dan profil untuk mengawal parti yang telah menjadi sinonim dengan perpecahan dan disfungsi.

Terdapat usaha untuk melantik Speaker sementara, Encik Patrick McHenry, secara rasmi bagi tempoh terhad dua atau tiga bulan – dengan meluaskan kuasanya bukan setakat istiadat semata-mata, supaya beliau boleh membawa perundangan ke muka pengadilan.

Pemimpin Minoriti Demokrat, Encik Hakeem Jeffries, tidak komited secara terbuka untuk menyokong langkah itu, ketika beliau menuju ke mesyuarat parti selepas mengundi, walaupun beliau tidak menolaknya.

“Kami mempunyai dua matlamat dalam mesyuarat ini. Matlamat pertama, untuk menyekat Jim Jordan... Matlamat kedua ialah untuk membuka semula Dewan,” katanya. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >