Dewan AS lulus dana $6b perangi IS

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan perbelanjaan untuk memerangi kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) berjumlah AS$5 bilion ($6.57 bilion)

Ini di samping AS$3.4 bilion bagi pengerahan tentera Amerika sebagai sebahagian daripada operasi "Inherent Resolve", dan AS$1.6 bilion bagi melaksanakan program untuk melengkapi dan melatih pasukan tentera Kurdi Iraq selama dua tahun.

Presiden Barack Obama turut memohon dana berjumlah AS$520 juta bagi menjayakan usaha kemanusiaan dan diplomatik yang dilaksanakan Jabatan Negara Amerika.

"Ancaman keselamatan yang dihadapi negara kita adalah genting kerana ia cukup banyak, dan kerana itu adalah penting untuk kita menyediakan segala keperluan untuk anggota tentera kita kerana mereka menjaga keselamatan negara ini," kata Speaker Dewan, Encik John Boehner, selepas permohonan bagi dana itu diluluskan. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 75
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.