"Dia bukan anak dara masa kami bernikah"

KUALA LUMPUR: DATUK Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib hari ini mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur isterinya Shahnaz Majid tidak lagi dara semasa dinikahinya pada 1992.

Pendedahan itu dibuat selepas anak kepada Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud itu diajukan soalan oleh peguambelanya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar terhadap kewajaran mutaah bernilai RM100 juta ($38 Juta)

"Selepas beberapa hari perkahwinan kami pada 9 Januari 1992, semasa di dalam bilik tidur, saya dapati plaintif bukan anak dara lagi.

"Dia bukan anak dara masa kami bernikah," kata Datuk Seri Mahmud kepada mahkamah kelmarin.

Cik Shahnaz, kakak kepada penyanyi popular Datuk Sheila Majid, dan Abu Bekir berkahwin pada Januari 1992 dan mempunyai seorang anak yang kini berusia 20 tahun, Cik Raden Murya.

Datuk Seri Mahmud memfailkan perceraian mereka pada Mei 2011.

Dalam menolak dakwaan itu, peguam Cik Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie berkata kenyataan Datuk Seri Mahmud tidak disertakan laporan perubatan dan soalan berkenaan tidak adil kepada plaintif, remeh, mengaibkan dan sengaja diada-adakan.

Encik Akberdin Abdul Kader yang juga peguam kepada plaintif berkata, Cik Shahnaz perlu diberi peluang membela diri daripada dakwaan itu dan bertentangan dengan Seksyen 105 Akta Keterangan.

Bagaimanapun, Encik Zainul Rijal berkata status plaintif penting mengikut syarak apatah lagi tuntutannya membabitkan RM100 juta.

Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab berpendapat kenyataan yang dikeluarkan perlu menutup keaiban dan bantahan berkenaan diterima kerana sudah dikemukakan.

Katanya, soalan yang dikemukakan oleh pihak defendan perlu diubah supaya tidak menggambarkan keaiban.

"Tak semestinya diaibkan. Mahkamah bukan tempat buka keaiban. Bantahan diterima," katanya yang turut memberi kebenaran kepada media untuk melaporkan sidang tersebut namun perlu lebih berhati-hati.

"Sampaikan dalam suasana sopan dan beradab," katanya.

Datuk Seri Mahmud menarik perhatian mahkamah tuntutan mutaah RM100 juta yang dikemukakan Shahnaz tidak munasabah.

Katanya, selepas meninggalkan Cik Shahnaz pada 1999, nafkah seperti wang bulanan, rumah dan kenderaan diberikan sepanjang tujuh tahun tidak tinggal bersama isterinya.

" Saya berikan nafkah RM10,000 sebulan dan kadang-kadang lebih. Dia tinggal di sebuah banglo di Damansara bernilai RM2 juta,'' ujar Datuk Seri Mahmud.

Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah beliau memberikan tiga kenderaan kepada isterinya iaitu Jeep Cherokee (RM600,000), Mercedes S Class (RM800,000) dan BMW X5 (RM700,000).

Katanya, tiga kereta tersebut adalah milik Sarawak Capital Sdn Bhd di mana Shahnaz adalah pengarah dan pemegang saham syarikat itu.

Ketika ditanya, mengapa selepas 12 tahun meninggalkan Shahnaz, Abu Bekir mengambil keputusan memfailkan penceraian, beliau berkata tidak mahu Shahnaz hidup terkapai-kapai.

"Dia tak punya suami dan saya tak pulang. Saya cuba pujuk untuk bercerai cara baik, dia tak layan," katanya ketika menjawab soalan Encik Zainul Rijal.

Hakim menetapkan perbicaraan disambung semula pada 2 September ini. - 24 Jun, 2014.

- The Malaysian Insider

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.