Dibebas daripada tuduhan bunuh - lebih 20 tahun lepas meringkuk di penjara

SHANGHAI: Seorang lelaki yang dipenjara di China lebih 20 tahun lalu kerana membunuh telah dibebaskan, terbaru dalam siri sabitan salah yang terbalik di negara ini.

Encik Chen Man, kini 53 tahun, dikeluarkan pada Isnin (1 Feb) dari Penjara Meilan di Haikou City, di wilayah Hainan, selatan China, selepas Mahkamah Rakyat Tinggi Zhejiang membatalkan sabitan itu.

Beliau ditangkap pada 1992, dituduh membakar sebuah rumah di Haikou di mana seorang lelaki meninggal dunia. Kesan tikaman ditemui pada leher dan badan mangsa dan polis kemudian menahan Encik Chen, yang berasal dari wilayah Sichuan, kerana membunuh , lapor China News Service.

Encik Chen dijatuhi hukuman mati dengan diberi tempoh penangguhan dua tahun oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan Haikou pada November 1994.

Bagaimanapun, pejabat siasatan dan pendakwaan tempatan menganggap hukuman itu "terlalu ringan" dan menggesa mahkamah lebih tinggi mengenakannya hukuman mati dan melaksanakannya, menurut mahkamah Zhejiang.

Permintaan itu ditolak oleh Tinggi Mahkamah Rakyat Hainan pada 1999, dan bermula satu pengalaman pahit rayuan selama 16 tahun bagi Encik Chen dan keluarganya.

Mahkamah tertinggi China mengarahkan kes Encik Chen dibuka semula pada April tahun lalu selepas beliau merayu, dan Mahkamah Rakyat Tinggi Wilayah Zhejiang membicarakan kes itu.

Pada Isnin, mahkamah tersebut memutuskan beliau tidak bersalah kerana "kekurangan bukti".

"Peranan beliau dalam pembunuhan itu tidak jelas dan penghakiman asal itu tidak mempunyai bukti, oleh itu, keputusan bersalah tidak boleh disahkan," kata mahkamah Zhejiang dalam satu kenyataannya.

Ia berkata Encik Chen mempunyai hak untuk memohon pampasan negara.

Presiden Mahkamah Rakyat Tinggai Wilayah Hainan menunduk hormat kepada Encik Chen selepas pengumuman tersebut, lapor China Daily.

Ia kes terbaru yang menonjolkan kesilapan keadilan di China, di mana pengakuan paksa meluas dan lebih 99 peratus tertuduh didapati bersalah.

Encik Chen didapati bersalah semata-mata atas dasar pengakuan "tidak konsisten" semasa dua perbicaraan yang mensabitkan beliau, kata hakim mahkamah Zhang Qin dalam satu kenyataan.

Encik Chen pesalah paling lama dipenjara sebelum didapati tidak bersalah.

Bagi sesetengah orang lain, keputusan baru datang terlambat.

Sebuah mahkamah di rantau Inner Mongolia pada 2014 membebaskan seorang lelaki bernama Hugjiltu yang dihukum mati kerana merogol dan membunuh pada 1996 pada usia 18 tahun.

Pengisytiharan bersalah datang sembilan tahun selepas seorang lagi lelaki mengaku melakukan jenayah itu.

Seramai 27 pagawai "dihukum" bagi pelaksanaan hukuman mati yang tersilap itu, lapor Xinhua pada Ahad.

Namun, hanya sorang akan menghadapi pendakwaan jenayah, sementara baki 26 menghadapi "hukuman pentadbiran" yang lebih ringan. - AFP, Xinhua, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.